Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010

Salam! Pada peminat-peminat bola korang mesti tak ketinggalan tengok perlawanan malam ni kan? So do I. Tapi nak kata minat bola sangat tu, takda la pula. Ikut musim je. (: Ngeh3.

Ok, macam yang semua orang tahu, malam ni Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010 dengan agregat 4-2! Malaysia boleh! Haha. Saya menonton dengan ayah saya, ayah siap suruh buat kopi cawan besar lagi, nak tengok perlawanan bola punya pasal. Oh, tapi ayah penyokong pasukan Indonesia. Tanah tumpah darah la katakan. Saya pula sokong Malaysia! Teehee. Of cause ok! I Love Malaysia. Proud to be Malaysian.

Separuh masa pertama, semangat ayah berkobar-kobar menyokong pasukan Indonesia dan mengharapkan gol dari pasukan berjersi merah. Sehingga hampir habis separuh masa pertama, semangat ayah semakin kurang sehingga perhatiannya berpindah ke koleksi joran-joran beliau. Haha. No, no, no ayah, keeper kacak Khairul Fahmi bergaya menangkap serangan bola, bisa boleh bolos? Ok, ok, fine. Tamat separuh masa pertama. (: Yeay! Malaysia dapat bertahan walaupun Indonesia dapat buat penalti.

Separuh masa ke dua, saya tidak memberikan perhatian sangat pada perlawanan. Oleh kerana amat konfiden Malaysia akan menang! Muahahaha. Akhirnya keputusan perlawanan di Jakarta, Indonesia menang 2-1. Bermakna Malaysia menang keseluruhan dengan agregat 4-2. Hoyeh! Hoyeh! Hohoyeh! Yawn! Saya bangga menjadi anak Malaysia. Suka hati je tuduh-tuduh Malaysia pakai dukun. We are not okay! We are champion! Tahniah! Tahniah! Dan TAHNIAH! 

Tahniah juga kepada Safee Sali kerana telah menjaringkan gol yang terbanyak dan keeper yang hebat! Khairul Fahmi. Tak lupa jurulatih pasukan Malaysia, Rajagobal. Yeah!

Ketua Jurulatih: K. Rajagobal
Penolong Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Faozi Mukhlas

Pemain:

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Sharbinee Allawee (Terengganu)

Pertahanan
3. Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
4. Mohd Razman Roslan (Selangor)
5. Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
6. Khairul Helmi Johari (Kedah)
7. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
8. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda)
9. Mohd Asrarudin Putra (Selangor)
10. Mohd Faizal Mohammad (Harimau Muda)

Lapangan
11. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
12. Amar Rohidan (Perlis)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. Kunanlan Subramaniam (Negri Sembilan)
15. Mohd Ashaari Samsudin (Terengganu)
16. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
17. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda)
18. Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)

Penyerang
19. Safee Sali (Selangor)
20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
21. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda)
22. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)

Ucapan tahniah dari Rio Ferdinand di ruangan twitter.

Bukti | Rio Ferdinand
Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. -Utusan-
#ilovemalaysia

Wasslam

5 hari diet.

Salam yall!
Lamanya tak update, penyakit malas melanda. Oh, sila jauhi sifat itu. Sangat merbahaya.

5 hari diet,

25 Disember 2010
Breakfast : 1.2 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake
Lunch : Nasi + Lauk ikan keli + 400ml air kosong sejam berikutnya
Dinner : 4 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake

26 Disember 2010
Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake
Lunch : Nasi Minyak+ Lauk-pauk kenduri + 150ml sirap ais << Ada kenduri, tapi makan jumlah yang sangat sedikit. (:
4.00 pm : Chicken Mcnugget set + Sundae strawberry
Dinner : Ratah lauk kenduri
Ok fine, saya cuti diet hari tersebut, tapi saya tetap ambil shake F1 untuk breakfast, untuk maintain keishatan saya.

27 Disember 2010
Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake
Lunch : Tak lunch, tapi makan nasi lauk sambal ikan pada waktu maghrib, lapar sangat.
Dinner : 2 liter air kosong + 300ml HERBALIFE strawberry shake

28 Disember 2010
Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake
Lunch : Pisang goreng + Nasi + Rendang daging
Dinner : 2 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake

29 Disember 2010
Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake 
Lunch : Nasi + Lauk ikan + terung + 2 ketul paru
Dinner : 2 liter air kosong + 400ml HERBALIFE strawberry shake

Ok, 27 haribulan haritu, saya timbang semula. ada sedikit improve, lose 400g of my weight, lose fat percentage, gain muscle, and my body's age now is 20 years old! From 24. Alhamdulillah, thank you HERBALIFE! (:

Sunday, December 26, 2010

Herbalife #1

Salam! Dan hye lagi! Hari ni saya rajin pulak nak update blog diary ni. ;)

Dalam post yang lepas kita dok tengok perkataan HERBALIFE tu asyik dicapitalkan dan diboldkan je. Apa tu HERBALIFE? Asik dok sebut je. Tapi tak terangkan pun. Macam mana orang nak tahu, kan?

Ok, ok, ok. Saya cuba terang semudah dan sesimple yang boleh.


 HERBALIFE 

Diasaskan oleh MARK HUGHES yang mengabadikan kehidupannya menjadikan impian satu realiti. Beliau juga pengasas kepada syarikat HERBALIFE sedunia.

MARK HUGHES mempunyai seorang ibu bernama JOANN HUGHES. Ibu MARK HUGHES meninggal dunia akibat tewas dalam usahanya untuk mengurangkan berat badan.

Oleh sebab itu, MARK HUGHES telah mengambil keputusan untuk mengabadikan hidupnya untuk menolong orang untuk mengurangkan berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan secara selamat dan efektif. 


Pada tahun 1980, MARK HUGHES menjual produk di keretanya. Tahun demi tahun, kesan positif produk amat luar biasa dan syarikat HERBALIFE menjadi syarkat multinasional yang menggabungkan yang terbaik dari sains dan alam semulajadi.
  
Pengkhususan dalam pengurusan berat badan, suplimen nutrisi, penambahan tenaga dan penjagaan diri. Berjuta-juta pelanggan telah berpuas hati dengan keberkesanan produk di serata 74 buah negara seluruh dunia dan telah menyambut ulang tahun yang ke-30 HERBALIFE di pasaran dunia. Malah, HERBALIFE juga tersenarai dalam bursa saham New York (NYSE).



Saturday, December 25, 2010

BMI calculator.

Assalamualaikum. Kamu sihat semua? Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya. Di sini saya nak share dengan kamu semua tentang application yang baru saya, eh, Fitri Anuar letakkan dalam blog My Diary Mully ni. Cuba teka apa? Ha... Tarra! Ada BMI calculator kat sini, cube klik SINI.

Handsome kan application ni. Bagi yang pentingkan kesihatan badan, calculator ni memang penting. Ada orang tak kisah tentang kesihatan badan mereka. Sebab tu ada yang merokok, yang tak jaga pemakanan, dan tidak mahu bersenam. Sebab tu juga, kadar obesiti makin meningkat di dunia. Whoa! Sangat dasyat tu. Allah pinjamkan kita tubuh badan yang sempurna, sangat lah wajib kita menjaganya.(:


Ha, kan dah kata tadi, handsome kan? (^^,) . Ok nak promot jugak bagi sesiapa yang berminat nak mendapatkan BMI yang normal, atau nak dapatkan berat badan ideal, atau nak turunkan berat badan, atau naik kan berat badan, atau improve skin complexion, hehe, banyak sangat 'atau' nye. Boleh lah hubungi saya melalui email atau talian telefon seperti yang ada pada gambar di atas.  Tanya saya bagaimana. Insya'Allah, saya akan bantu anda. 

Wassalam.

Fast Update.

Salam dan hye! Ok, just nak update menu diet untuk 2 hari yang tertangguh.

23 Disember 2010

Breakfast : 1 liter air kosong + 300ml shake strawberry HERBALIFE (serius air suam tak cukup, ^^)
Lunch : Nasi + Lauk sambal pedal + 400 ml air kosong + sekeping pan cake chocolate sejam berikutnye
Dinner : 2 liter air kosong + 400ml shake strawberry HERBALIFE

24 Disember 2010

Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml shake strawberry HERBALIFE
Lunch : Nasi + Lauk ikan keli + telur goreng + 400ml air kosong
Dinner : 2 liter air kosong + 400ml shake shake strawberry HERBALIFE

Diet yang mudah dan senang. Tak sabar nak timbang Ahad ni, mudah-mudahan ada perubahan, Insya'Allah. Jumpa pada post seterusnya. ^_^

Thursday, December 23, 2010

Diet vs Date

Salam, aloha everybody. Kenapa pilih tajuk diet vs date hari ni? Ya, saya nak bercerita bila saya diet, tapi saya ada appointment untuk berdating dengan si dia. Masalah saya adalah, saya tak suka kerap nak ke toilet bila saya ada di luar kawasan rumah. ;))

Betul, sangat lah tidak selesa untuk berkejar ke toilet bila berada di luar. Saya keluar biasanya, bukanlah selalu untuk bersuka ria. Saya keluar biasanya bila ada hal penting nak diuruskan. Tidak pun kadang-kadang nak cuci-cuci mata di shopping mall. Huhu. Tapi semalam, saya keluar untuk menguruskan DPT saya. Sambil-sambil tu, alang-alang Fitri datang ke Seremban, jadi kami berdating la selepas selesai urusan.

Ok la, tak ada la nak cerita pasal dating sangat. Saya cuma nak cerita bila saya keluar, saya cuba elakkan minum air dalam jumlah yang banyak sebelum keluar. Sedangkan saya sedang menjalani program loosing weight mengggunakan produk HERBALIFE, dan ia memerlukan saya untuk minum air dengan jumlah yang banyak.

Diet! Ye, saya memang nak kurus! Nak sangat slim macam zaman dulu, berat semasa 43kg, paling berat 45kg. DAN boleh makan apa sahaja yang saya mahu. Saya nak kembali ke zaman itu. Whoa! Best! 

Semalam, diet saya lari dari track sedikit. Eh, mungkin banyak. Tapi entah la, saya tak pandai sangat mengira tu semua. Jom kita tengok ni apa saya makan semalam :-

Breakfast : 300ml air kosong + 400ml HERBALIFE chocolate shake << Tengok tu, dah la saya terkejar-kejar nak menjemput Fitri, sempat minum sikit je, tu pun saya bawa sekali shake saya, :)) Herbalife sangat bagus tau. Perut saya sangat selesa bila saya hanya ambil shake Formula 1 sahaja. Tahan sampai lunch!
Lunch : Nasi + Ayam Goreng + Kuah asam pedas bersama bendi + 400ml air kosong <<Sedap!! Teehee~
4.00 pm : Kempunan nak makan kentang McD dengan sundae strawberry, saya ajak Fitri beli, share dengan dia. Saya beli Twister Fries + Sundae Strawberry + Fillet O Fish + Air. Ni share tau. Saya tak makan banyak pun. Kan? Fitri kan? >.< Huhu. Geram la. Diet program lari dari track.
Dinner @ 12.00 am : Air kosong 5 liter sepanjang masa lepas balik berdating 5.00 pm hingga 12.00 am + 300ml HERBALIFE shake stawberry << Sebab ape 300ml je? Saya tak habis minum sebab tertidur. Boleh tak? -.-"

Mesti coach saya marah dengan saya, pelanggan yang degil nih. Grrr... Huhu. Fatin!! How can I help myself? Huwaa. Saya rasa chubby adala. Walaupun 1 normal meal and 2 shake is a loosing weight program, saya tak rasa im loosing my weight. Tengok gaya makan pun dah tahu. Kena improve lagi!!! Come on!! Nak kurus kan? Tapi kan, tapi kan, Fitri kata skin saya improve!! Ok, tu saje. ;)

Wassalam.

Wednesday, December 22, 2010

Dokumen Perjalanan Terhad

Kenapa terhad? Eh, sebelum tu, salam, and hye again! ;) Kena la senyum dulu. Barulah excited nak cerita kan? Hikhik. Yeah! Yeah! Sangat excited hari ni, sebab dapat buku biru 68 muka surat dari pihak imegresen. Wee~ Hahahahah, Ape benda tu? Ok, kawan-kawan, buku biru itu adalah Dokumen Perjalanan Terhad! (Eleh, baru dapat dokumen perjalan terhad, dah kecoh satu kampung. Orang dah ada international pasport dah, tak kecoh pun?) Eh, biarlah! Aku suka! Hahaha.

Eh, eh, apa suka sangat ni? Huhu. Yela, suka sangat bila dapat tahu benda baru. Ilmu kan, sape tak suka? Sangat kelakar hari ni, saya kelam kabut di depan kaunter, "Er, enchek, nak buat permit masuk Sabah Sarawak." Encek pegawai imegresen muda, "Hu? Owh, dokumen perjalanan terhad." Saya, "Ha, itu la kot. " Teehee. Apekah saya ni? Malu je. Tu la, tak baca betul-betul sebelum pergi buat. ^.^

So, hari ni, saya pergi buat DPT tu, dari pukul 9 pagi, sampai lah 12 tengah hari. Dengan? Mestilah bersama-sama Fitri Anuar. ;) Sangat bahagia ok menguruskan sesuatu bersama dia. Pasti berjalan lancar je bila ada dia. Kan3, sayang? >.< 

Ok, berbalik kepada tajuk asal. Apa kamu nak tahu pasal Dokumen Perjalan Terhad (DPT) ni? Cepat, tanya cepat! (Eleh, poyo betul minah ni.) =p Huhu.

Apa benda tu DPT?

Untuk apa?
  • Perlu apabila penduduk semenanjung hendak pergi ke Sabah & Sarawak dan tinggal di sana untuk tempoh lebih daripada 3 bulan.

Dekat mana boleh dapat?
  • Dekat pejabat imegresen cawangan negeri masing-masing. Kalau saya, ada di Bangunan Wisma Persekutuan Negeri Sembilan (Tingkat 2).

Berapa bayaran dikenakan?
  • Hanya RM5! Murah kan?

Sah laku berapa tahun?
  • 5 tahun. Nak sambung lagi, tambah RM1 setahun.

Apa dokumen penting yang harus di bawa semasa memohon DPT?
  • Salinan IC dan 2 keping gambar terkini.

Apa proses yang akan dilalui?
  • Ok, hanya pergi ke cawangan pejabat imegresen berdekatan, minta borang nak mohon DPT di kaunter pertanyaan, isi, ambil nombor, tunggu giliran, dah siap kutip di kaunter kutipan pada masa yang telah ditetapkan. Senang bukan? ;)

Ok, itu sahaja. Kalau ada apa-apa soalan lagi, boleh tanya di ruangan komen ye? ^_^  Gambar saya tak ambil, tapi nanti kalau ada saya upload ok.

Wassalam.

Lambat update.

Salam. Hye! Hahaha, macam tak ada tajuk lain nak letak. YES! Bukan Year End Sale ok, saya memang kurang layan bab SALE ni. Nak beli, beli aje. Hikhik. Bajet kaya la tu. Huhu. YES! Sebab excited untuk hari ni punya cerita. (:

Ok, stop it Mully! Jangan merapu panjang sangat. Nanti mengarut, =p. Semalam hari MALAS saya. Apa pun bila MALAS, semua tak menjadi.  Mandi malas, keluar malas, nak mengepos malas, update blog malas, makan je tak malas, malah menanti-nantikan masa makan. Hikhik. Adeh!! Ingat la cik Mully ooi, kamu tu on diet, nak kurus, kurus, dan kurus lagi! Yeay! Sedang berusaha. Yeke? ;)

Ok, menu semalam (21/12/2010) adalah :-

Jeng, jeng, jeng!

Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml HERBALIFE chocolate shake << tengok tu, saya capital and boldkan lagi perkataan HERBALIFE. (:
Lunch : Nasi + Lauk sotong dan pedal + 500ml air kosong 20 minute before lunch and another 500ml, 1 hour after lunch (Nyum2! Masa yang sangat dinanti-nantikan ok.Wee)
Tea Time: Sekeping biskut jam o jam + 1.5 liter air kosong (so sorry fatin, saya TERmakan! Saya ganti balik dengan air yang banyak, ok kan? Hehe, sebab termakan? Sebab ada kat peti ais baki yang semalam tu, teehee <(^.^)
Dinner : 1 liter air kosong + 250ml HERBALIFE chocolate shake << kenapa buat sikit? Sebab air baru masak, so panas, ais pun takde. Tu je yang mampu walaupun lapar malam tu. ;)

200ml  HERBALIFE chocolate shake sangat memuaskan perut saya yang meraung-raung untuk di isi malam tu. Saya tidur dengan lena. ^^ Entri hari ni akan di sambung pada post seterusnya. Whoa!

Wassalam.

Tuesday, December 21, 2010

3rd day on diet.

Salam. Huhu, rasa bahagia je bila masuk dalam My Diary Mully ni. Rasa comel dengan header yang sangat cute!! Ditambahkan lagi dengan lagu supper awesome cute, Never Shout Never - Can't Stand It. Oh, melting gitu. :))

Ok, cukup sudah feeling- feeling cute tu. Nak update menu hari ni pulak. Hehe. Menu hari ke tiga  on diet adalah:-

Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml HERBALIFE shake perisa strawberry (dah mula rasa perisa strawberry ni boleh tahan sedap! yummy2)
Lunch : Nasi (sedang cuba mengurangkan lagi amount yang biasa) + lauk sambal sotong + ayam bakar(makan sikit, mel beli nasi ayam) + 500ml air kosong
Tea Time : 1 liter air kosong + coco pie + 3 keping biskut jam o jam (dah cuba dah tak nak makan snack ni, tp tak dapat nak tolong, adik belanja pulak, =p)
Dinner : 1 liter air kosong + 200ml HERBALIFE shake perisa chocolate

Oh, macam banyak pulak kan? Macam tak diet pun. Tapi sudah sedaya boleh menahan nafsu makan yang agak besar, bila ibu masak sambal sotong fevret saya tu, rasa nak makan lagi je sebelum tidur. Haip! Kata nak kuruskan peha. Hehe. Macam tak berganjak je rasa berat saya ni. Tapi tak pe, berusaha lagi! Semangat! Tengok tu, jumlah air dah meningkat. Syabas!! :))

Wassalam.

Monday, December 20, 2010

I love my blog like I love you.

Taraa.. 

Comel kan blog saya? (: Comel macam tuan nya juga (perasan, =p). Saya sangat sayang blog saya, macam saya sayang awak, Fitri Anuar, ♥. Nak ucap a lot of thanks sebab sudi design blog saya walaupun saya buat karenah lagi. I love you more. My heart is belong to you no matter what. Should i think a cute name for this blog? Owh, it's my diary. My Diary Mully. Love it so much!!
 
My new born baby, love it!

B, i love so. Til the end.

Second day on diet.

Hye!
Hari ni hari ke dua sudah saya on diet. So menu untuk hari ini adalah :-

Breakfast : 1 liter air kosong + 400 ml chocolate shake HERBALIFE
Lunch : Nasi (macam biasa, kene kurangkan sikit amount dari kebiasaan) + 400ml air  kosong
Dinner : Dua suap nasi (ibu suap) + 1 liter air kosong + 200ml shake strawberry HERBALIFE

Saya rasa kuantiti air masih tak memuaskan. Saya akan cuba minum 5 liter air sehari, yeah! :))

Hari ni mood tak berapa nak baik. Emosi sangat tak stabil, cepat terasa. Doakan saya dapat bertenang dan bina kebahagiaan dan kegembiraan saya semula ok.

Ada topik hot pukul 9 pm tadi. Tuan rumah (rumah family) call tanya sewa dah bank in ke belum. Tapi lain yang jadi, mulut mak cik tu sangat lazer. Bak kata ibu saya, jangan layan mak cik tu, lagi layan, lagi pok pek, pok pek mulut mak cik tu. Sangat geram ok! Dapat jugak lepas geram kat FB tadi. Rasa lega sikit. Kemungkinan saya akan berpindah, mungkin tidak, tu pun kalau ibu saya masih boleh tahan dengan karenah mak cik tu. Harap je sama-sama melayu, harap je ada gelaran Hajjah, harap je dah berpangkat nenek, tapi mulut tak padan dengan gelaran. Lazer yang amat! Kalau rajin saya cerita detail dalam post yang seterusnya.

Walau apa pun, saya berharap hidup akan lebih bahagia dan gembira pada hari esok. Malam ni, sebelum tidur, lapangkan hati, maafkan semua orang. Insya'Allah, dengan izin Allah, esok adalah lebih baik dari hari ni. :))

Wassalam.

Sunday, December 19, 2010

Blog baru saya.

Salam.
Hye, ini kali ke berapa tah cubaan saya untuk ber-blog. Huhu. Tapi kali ni, saya hanya nak meng-update diari diet saya.

Hari ni, 18 Dec 2010, cubaan kali ke dua saya secara serius untuk mendapatkan berat badan ideal saya.

Berat badan ideal : 44kg

Barat badan semasa : 50.4 kg (18/12/2010)
Body Fat Range : 30%
% Body water range : 51.2%
Muscle mass : 33.3 kg
Physical rating : 5
Bone mass : 1.9 kg
BMR (kcal) : 1104 kcal
Basal metabolic age : 24 years old (OMG!!)
Visceral fat : 3

So, meal saya hari ini pulak.

Breakfast : 1 liter air kosong + 400ml shake HERBALIFE perisa chocolate
Lunch : Nasi (kuantiti yang telah dikurangkan sedikit dari kebiasaan) + ikan goreng + sayur kangkung tumis + buah betik 2 slice + 400ml air kosong
Snack : Coco Pie
Dinner/Supper : 1.5 liter air kosong + 400 shake HERBALIFE perisa strawberry

Selepas ni, saya akan update lebih detail tentang amount makanan yang saya ambil, insya'Allah. (:

Wassalam.
 
design by belogshop.com