Kenapa terhad? Eh, sebelum tu, salam, and hye again! ;) Kena la senyum dulu. Barulah excited nak cerita kan? Hikhik. Yeah! Yeah! Sangat excited hari ni, sebab dapat buku biru 68 muka surat dari pihak imegresen. Wee~ Hahahahah, Ape benda tu? Ok, kawan-kawan, buku biru itu adalah Dokumen Perjalanan Terhad! (Eleh, baru dapat dokumen perjalan terhad, dah kecoh satu kampung. Orang dah ada international pasport dah, tak kecoh pun?) Eh, biarlah! Aku suka! Hahaha.
Eh, eh, apa suka sangat ni? Huhu. Yela, suka sangat bila dapat tahu benda baru. Ilmu kan, sape tak suka? Sangat kelakar hari ni, saya kelam kabut di depan kaunter, "Er, enchek, nak buat permit masuk Sabah Sarawak." Encek pegawai imegresen muda, "Hu? Owh, dokumen perjalanan terhad." Saya, "Ha, itu la kot. " Teehee. Apekah saya ni? Malu je. Tu la, tak baca betul-betul sebelum pergi buat. ^.^
So, hari ni, saya pergi buat DPT tu, dari pukul 9 pagi, sampai lah 12 tengah hari. Dengan? Mestilah bersama-sama Fitri Anuar. ;) Sangat bahagia ok menguruskan sesuatu bersama dia. Pasti berjalan lancar je bila ada dia. Kan3, sayang? >.<
Ok, berbalik kepada tajuk asal. Apa kamu nak tahu pasal Dokumen Perjalan Terhad (DPT) ni? Cepat, tanya cepat! (Eleh, poyo betul minah ni.) =p Huhu.
Apa benda tu DPT?
Untuk apa?
- Perlu apabila penduduk semenanjung hendak pergi ke Sabah & Sarawak dan tinggal di sana untuk tempoh lebih daripada 3 bulan.
Dekat mana boleh dapat?
- Dekat pejabat imegresen cawangan negeri masing-masing. Kalau saya, ada di Bangunan Wisma Persekutuan Negeri Sembilan (Tingkat 2).
Berapa bayaran dikenakan?
- Hanya RM5! Murah kan?
Sah laku berapa tahun?
- 5 tahun. Nak sambung lagi, tambah RM1 setahun.
Apa dokumen penting yang harus di bawa semasa memohon DPT?
- Salinan IC dan 2 keping gambar terkini.
Apa proses yang akan dilalui?
- Ok, hanya pergi ke cawangan pejabat imegresen berdekatan, minta borang nak mohon DPT di kaunter pertanyaan, isi, ambil nombor, tunggu giliran, dah siap kutip di kaunter kutipan pada masa yang telah ditetapkan. Senang bukan? ;)
Ok, itu sahaja. Kalau ada apa-apa soalan lagi, boleh tanya di ruangan komen ye? ^_^ Gambar saya tak ambil, tapi nanti kalau ada saya upload ok.
Wassalam.
Hye nak tanya. Sy pnduduk Srwak and nak smbung study dkat Sabah. Perlu buat DPT jgk ke?? TQ :)
ReplyDeleteSarawak tak perlu
DeleteBoleh ke mohon DPT bukan di negeri sendiri? Contoh tggl kt kelantan tpi mohon DPT di terengganu. Sbb lbih dekat dgn rumah.
ReplyDeletebolehhh
Delete