Wednesday, December 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010

Salam! Pada peminat-peminat bola korang mesti tak ketinggalan tengok perlawanan malam ni kan? So do I. Tapi nak kata minat bola sangat tu, takda la pula. Ikut musim je. (: Ngeh3.

Ok, macam yang semua orang tahu, malam ni Malaysia menang Piala Suzuki AFF 2010 dengan agregat 4-2! Malaysia boleh! Haha. Saya menonton dengan ayah saya, ayah siap suruh buat kopi cawan besar lagi, nak tengok perlawanan bola punya pasal. Oh, tapi ayah penyokong pasukan Indonesia. Tanah tumpah darah la katakan. Saya pula sokong Malaysia! Teehee. Of cause ok! I Love Malaysia. Proud to be Malaysian.

Separuh masa pertama, semangat ayah berkobar-kobar menyokong pasukan Indonesia dan mengharapkan gol dari pasukan berjersi merah. Sehingga hampir habis separuh masa pertama, semangat ayah semakin kurang sehingga perhatiannya berpindah ke koleksi joran-joran beliau. Haha. No, no, no ayah, keeper kacak Khairul Fahmi bergaya menangkap serangan bola, bisa boleh bolos? Ok, ok, fine. Tamat separuh masa pertama. (: Yeay! Malaysia dapat bertahan walaupun Indonesia dapat buat penalti.

Separuh masa ke dua, saya tidak memberikan perhatian sangat pada perlawanan. Oleh kerana amat konfiden Malaysia akan menang! Muahahaha. Akhirnya keputusan perlawanan di Jakarta, Indonesia menang 2-1. Bermakna Malaysia menang keseluruhan dengan agregat 4-2. Hoyeh! Hoyeh! Hohoyeh! Yawn! Saya bangga menjadi anak Malaysia. Suka hati je tuduh-tuduh Malaysia pakai dukun. We are not okay! We are champion! Tahniah! Tahniah! Dan TAHNIAH! 

Tahniah juga kepada Safee Sali kerana telah menjaringkan gol yang terbanyak dan keeper yang hebat! Khairul Fahmi. Tak lupa jurulatih pasukan Malaysia, Rajagobal. Yeah!

Ketua Jurulatih: K. Rajagobal
Penolong Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Faozi Mukhlas

Pemain:

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Sharbinee Allawee (Terengganu)

Pertahanan
3. Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
4. Mohd Razman Roslan (Selangor)
5. Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
6. Khairul Helmi Johari (Kedah)
7. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
8. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda)
9. Mohd Asrarudin Putra (Selangor)
10. Mohd Faizal Mohammad (Harimau Muda)

Lapangan
11. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
12. Amar Rohidan (Perlis)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. Kunanlan Subramaniam (Negri Sembilan)
15. Mohd Ashaari Samsudin (Terengganu)
16. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
17. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda)
18. Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)

Penyerang
19. Safee Sali (Selangor)
20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
21. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda)
22. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)

Ucapan tahniah dari Rio Ferdinand di ruangan twitter.

Bukti | Rio Ferdinand
Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. -Utusan-
#ilovemalaysia

Wasslam

No comments:

Post a Comment

 
design by belogshop.com