Sunday, January 15, 2012

The Beginning of 2012.

Salam. Salam tahun baru 2012! Walaupun tidak ada entry pada 1.1.2012, masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru, selamat dengan azam-azam baru. Insya'Allah! Akan termakbul hendaknya, yang pasti, dengan usaha seiringan.

Alhamdulillah, tahun ni bermulanya alam baru bagi aku, iaitu alam bekerja. Masuk hari ni, dah sebulan setengah aku bekerja sebagai Technician di Hospital Ipoh. Alhamdulillah, alhamdulillah, permulaan yang baik. Insya'Allah, akan menyesuaikan diri dengan baik dan memperbaiki diri dari masa ke masa.

Sebagai permulaan tahun 2012, kita mulakan dengan menyenaraikan azam kita pada tahun ni.

  1. Lebih dekat dengan pencipta Allah SWT. (Lebih mendekati, lebih menjiwai)
  2. Dapat pekerjaan yang bagus dalam bidang yang diceburi. (Alhamdulillah, done! Aku bukan lagi penganggur)
  3. Jadi permanent staff dengan gaji yang lumayan. (On the way to make it, 4 and the half months to go, insya'Allah, kalau ada rezeki)
  4. Hutang! Jangan di abaikan. Tak nak miss bayar balik PTPTN.
  5. Berkereta. (Myvi atau saga FLX, nak warna putih please! Putih nampak bersih, cantik di mata )
  6. Berkhidmat untuk keluarga. Menyumbang bakti kepada Ibu Bapa. (Insya'Allah, aku akan usahakan)
  7. Improve dari segi kesihatan, kecantikan dalaman dan luaran dan relationship. (Ini perlu bagi seorang insan)
  8. Make a stable business. (Side income itu perlu!)
  9. Improve in personality and communication skills.
  10. I hope I can manage myself better and better.
  11. New gadget mungkin? (New hp, new lappy, etc.)
  12. Future married planning. (Owh! Gatai nak kahwin na. *honestly, mmg aku harap aku dapat kahwin awal dalam hidup aku. Aku nak enjoy life with my husband)
  13. Start expanding nutrition mission. Nak fitkan badan, nak slim, nak berat badan ideal, nak stamina. (Herbalife, go Herbalife! Go for Supervisor)
  14. Nak hati dan jiwa yang bersih. (Perlukan muhasabah diri tiap masa)
  15. An annually vacation with family and friends. 
Sekian, aku senaraikan 15 yang perlu aku kejar untuk tahun 2012 ni. Banyak kan? Tapi, dengan ada nya senarai ni, insya'Allah, ada guideline dan pembakar semangat aku tiap kali aku review dan baca planning ni. Takkan nak menyerah kalah pada diri sendiri kan? So, usahakan!  

To my lovely heart kat Taiping, semoga dengan entry ni juga dapat tunaikan hasrat kamu untuk saya mengupdate blog yang bersawang ni. :) Jom kita sama-sama usaha untuk get a better life. Jom usaha!


Thursday, December 22, 2011

Duit Kertas Baru - Malaysia



"Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan wang kertas Malaysia siri baharu semalam (21 Disember 2011). Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun 2012 manakala duit kertas akan mula digunakan pada bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Ciri-ciri Am Duit Kertas Baru Malaysia

Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu.

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Polimer RM5 – Hidupan Liar

Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Polimer RM1 – Sukan Tradisional

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Monday, October 10, 2011

Big Bad Wolf Books

Salam semua, salam 1 Malaysia! Haha, semangat betul hari ni. Sebab ape?

Semua orang dok kecoh pasal Big Bad Wolf Books kan? Sangat teruja sebab kat event ni, ko boleh borong banyak mana buku pun yang ko nak. Cakap je buku ape yang ko cari, mesti ada punya la. Harga nye luar biasa! Jangan lepaskan peluang ni. Kalau Padini Warehouse Clearance, orang sanggup berasak, kenapa tak event booksale yang jarang-jarang diadakan macam  Big Bad Wolf Books ni ye tak? 

Hari ni hati sangat lapang dan teruja nak pergi Big Bad Wolf Books. Orang biasa date hujung minggu, ak lak weekdays. Teehee. Sementara belum bekerja ni, boleh lah kan? Hehe.


 
design by belogshop.com