Saturday, April 9, 2011

Pendedahan Lambang Misteri

Salam! Harini saya nak kongsikan sedikit info berkaitan lambang misteri yang sibuk di war-warkan sebelum ini. Sebelum ni ada rasa pelik juga, maklum la sini sana orang bercerita.. ada di blog ( beautifulnara juga turut bergosip secara berhemah mengenai lambang misteri ini ), ada pada surat khabar, di sawah padi, di lampu isyarat. Yang paling terbaru, pagi tadi saya nampak lambang misteri tu di lampu isyarat dengan mata sendiri..mungkin kah lambang itu mewakili sesuatu parti politik? Maklum la, di Sarawak sedang aktif dengan kempen pilihan raya.

Jadi, demi merungkai segala misteri.Cewah, macam pengacara 360 pula. Sedikit kajian secara ringkas dilakukan dengan bantuan google.



   Daripada nama Kolony, berkemungkinan besar mungkin Celcom akan memperkenalkan suatu perkhidmatan panggilan suara dan SMS yang murah untuk pengguna dalam sesuatu kelompok itu. Perkara ini masih lagi jangkaan awal kami, dan video, gambar dan simbol tersebut merupakan salah satu kaedah pemasaran baru daripada Celcom untuk memperkenalkan produk baru mereka ini. [amanz.my]

Hentikan segala cerita kosong yang konon nya alien nak datang serang malaysia dengan menggunakan kuasa dari buah koko (pengaruh cerita boboi boy, hehehe), ataupun amaran radiasi berkaitan letupan loji nuklear di Jepun.. Infeksi ini adalah agenda dan teknik pemasaran dari pihak Celcom. Sangat berkesan memandangkan attitude rakyat malaysia yang mampu menokok tambah cerita sehingga mempunyai pelbagai rasa. Lebih hangat daripada biasa..:)

Lambang Misteri - https://kolony.com.my/

#untuk menyertai atau memulakan rangkaian sosial di Kolony ini, hantar KOLONY<jarak>Nama Gelaran ke 25333

Wednesday, April 6, 2011

5 Perspektif dari Blogger

Perspektif baru dari blogspot.com :)
5 Perspektif dari Blogger untuk pengguna internet tahap siput!

Salam! Siapa di sini menggunakan broadband untuk layari blog? Tak kisah la guna broadband unggu, kuning, ataupun merah...kadang-kadang tentu ada masalah untuk loading blog kegemaran anda kan?

Saya ada satu tips ringkas yang hendak di kongsikan supaya anda boleh layari blog dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Tak perlu loading sampai tertidur depan laptop.. ditambah pula anda boleh memilih pandangan ikut sedap mata memandang antaranya Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot atau Timeslide. Dengan cara ini lah saya layari blog-blog famous dengan lebih mudah dan jimatkan masa..:)

Anda hanya perlu tambah "/view" di belakang alamat blog. Hanya untuk blog yang dihos dengan blogger sahaja ya. Jangan pandai-pandai guna untuk blog yang guna wordpress pula.

Contoh:

Sekian. Bye!
 
design by belogshop.com