Friday, September 9, 2011

Azam : Saya Nak Kurus!

Ouhh! Steady..



CALIFORNIA 8 Sept. - Selepas mencapai berat badan 317.51 kilogram, seorang wanita berumur 47 tahun dari Sacramento di sini direkodkan dalam Guinness World of Records sebagai wanita paling berat di dunia.

Bagaimanapun, Pauline Potter kini berazam untuk mengurangkan berat badan supaya dapat menjalani kehidupan seperti orang lain selepas dia mengalami kesukaran untuk bergerak selain tidak boleh masuk ke keretanya.

Wanita itu menyalahkan cara dia dibesarkan sebagai punca kepada masalah berat badannya.

Potter berkata, ahli keluarganya termasuk ibu bapa mempunyai masalah berat badan. Ketika kanak-kanak, dia diberi makan makanan dalam jumlah yang berlebihan.

"Berat ibu saya lebih daripada 181 kilogram dan ayah saya pula lebih 272 kilogram. Lapan adik-beradik saya juga mempunyai berat badan lebih 136 kilogram,'' ujarnya.

Ibu kepada seorang anak lelaki itu memberitahu, keluarganya gemar makan tanpa mengira situasi sama ada mendapat berita gembira atau buruk.

Potter berkata, dia sebelum ini berulang kali menangguhkan usaha untuk mengurangkan berat badannya tetapi kini berazam untuk melakukannya.

"Ini kerana sekarang saya sukar untuk pakai baju dan mandi. Malah hendak pakai sarung kaki pun susah,'' katanya.

Potter kini pergi ke kolam pemulihan air panas sebanyak tiga hingga lima kali sehari untuk membantunya bergerak lebih mudah.

Bagaimanapun, dia terpaksa menggunakan skuter untuk pergi ke kolam tersebut. - Agensi

Makanan segera; Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.



Anda mengamalkan permakanan yang sihat tak? Jangan nak tunggu penimbang berat pun tak mampu nak timbang anda, baru sibuk-sibuk nak joging keliling padang setiap petang. Sehari dua rajin la kan, lepas tu joging depan television la pulak kan? :)

Ini saya kongsikan tips permakanan sihat;
  • Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  • Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  • Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar.
  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  • Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  • Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  • Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi.
Anda banyak masa ke nak ikut tips ni? Leceh?! Tak pasal-pasal perut meragam sebab ini tak boleh, itu tak boleh; apa pun tak boleh. :) hihi.

Saya ada tips rahsia untuk amalkan permakanan sihat,  anda nak tahu?
Wellness & Weight Management Counsultant
Mully (Mulhayati)
0173503432

No comments:

Post a Comment

 
design by belogshop.com