Sunday, March 6, 2011

Perancangan untuk masa hadapan.

Salam, selamat pagi semua. Pagi ni, lepas masak nasi goreng untuk breakfast, tiba-tiba terfikir, aku ni ada perancangan untuk masa hadapan ke? Macam tak da je, T_T Ko! bia betul takde, penting tu masa depan. (Ok, tipu! Ada la sikit-sikit. Huhu) Ok, jom, roughly plan apa yang nak dilakukan untuk masa hadapan. Plan aku simple je.

Tahun 2011,

Januari - September : 
Masih seorang pelajar. Sedang training. Dapatkan sebanyak skill electronic yang mampu. Tunjukkan pada diri sendiri, yang kamu ni ada bakat yang terpendam. Lulus dan graduate dengan cemerlang. Banggakan ibu ayah, yakin diri, kamu pasti boleh! Dun ever eva give up. Move on! Move up!

Oktober - Disember :
Dapatkan kerja secepat mungkin. Kalau ada rezeki dalam bidang yang aku ceburi selama 5 tahun ni, aku teruskan dan aku akan cuba mendalaminya lagi. Kalau tak, aku cuba cari rezeki lain. Rezeki ada di mana-mana selagi ada usaha. Jangan bazirkan masa. Allah S.W.T tak suka umatnya yang suka bazirkan masa. Stabilkan dan biasakan diri dengan kerja. Bergembira dengan apa yang dilakukan. Senyum selalu. =)

Dalam plan yang simple ni, aku harap aku dapat kumpul sebanyak faedah yang mungkin. Yang penting, jangan sesekali mengalah. Terus, dan terus berjuang. Aku tahu, aku tabah! Ya Allah, berikan la aku kekuatan, berikanlah aku petunjuk sesungguhnya Kau maha Esa, maha Kuasa. Ameen~

3 comments:

  1. Semoga segala urusan dipermudahkan hendaknya!

    Jangan lupa saya bila dah berjaya nanti ye:)

    ReplyDelete
  2. Ameen, selalu doakan kejayaan kita eh, rezeki kita dan jodoh kita juga.;)

    ReplyDelete
  3. Ameen, Moga cepat pulang Semenanjung. Saya rhendu sama kamoooo

    ReplyDelete

 
design by belogshop.com